**TADABBUR WAHYU SIRI 735**

**4.82.1 Tadabbur Surah An-Nisa 91*
سَتَجِدُونَ آخَرِينَ يُرِيدُونَ أَنْ يَأْمَنُوكُمْ وَيَأْمَنُوا قَوْمَهُمْ كُلَّ مَا رُدُّوا إِلَى الْفِتْنَةِ أُرْكِسُوا فِيهَا ۚ فَإِنْ لَمْ يَعْتَزِلُوكُمْ وَيُلْقُوا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ وَيَكُفُّوا أَيْدِيَهُمْ فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ ۚ وَأُولَٰئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا مُبِينًا
91. Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.

Ayat ini masih lagi menerangkan tentang kerenah orang munafik dan akhlak mereka.

Mereka bertindak berpura-pura menyokong nabi saw sedangkan mereka juga menyokong kabilah-kabilah Arab yang melancarkan perang kepada nabi saw.

Mereka bertindak demikian demi menjaga hubungan baik dengan kabilah-kabilah itu.

Jika mereka terus menerus terlibat dengan kerja-kerja mengancam kestabilan Madinah, maka Allah menyuruh nabi saw agar memerangi mereka.

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa orang munafik yang terlibat mengancam keselamatan dan kedaulatan negara itulah yang diperangi.

Adapun orang munafik yang hanya bermuka-muka dari sudut mengaku Islam sedangkan hati mereka menolaknya maka mereka tidak diapa-apakan.

Hal ini disebut oleh imam Zamakhshari dalam tafsir beliau. Beliau berpandangan umat Islam tidak dituntut untuk berperang kecuali demi mempertahankan diri dan negara dari serangan musuh.

Terdapat orang yang salah faham tentang ayat ini sehingga ada yang menganggap semua orang kafir memusuhi umat Islam.

Akibatnya mereka membawa mesej perseteruan dengan bukan Islam sedangkan negara kita bersifat masyarakat majmuk.

Kita mesti mengajak masyarakat untuk bersatu-padu dan saling menghormati.

Kefahaman cara ini bukanlah menidakkan ajaran al-Quran kerana al-Quran menyatakan bahawa kita tidak dilarang berbuat baik kepada orang kafir yang tidak mengangkat senjata dan melancarkan peperangan.

Sabtu
19 Ramadhan 1442
1 Mei 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *