**TADABBUR WAHYU SIRI 736**

**4.83.1 Tadabbur Surah An-Nisa 92*

وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ أَن يَقۡتُلَ مُؤۡمِنًا إِلَّا خَطَـٔٗاۚ وَمَن قَتَلَ مُؤۡمِنًا خَطَـٔٗا فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٖ مُّؤۡمِنَةٖ وَدِيَةٞ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦٓ إِلَّآ أَن يَصَّدَّقُواْۚ فَإِن كَانَ مِن قَوۡمٍ عَدُوّٖ لَّكُمۡ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٖ مُّؤۡمِنَةٖۖ وَإِن كَانَ مِن قَوۡمِۢ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَهُم مِّيثَٰقٞ فَدِيَةٞ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ وَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٖ مُّؤۡمِنَةٖۖ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ شَهۡرَيۡنِ مُتَتَابِعَيۡنِ تَوۡبَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمٗا.

92. Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika dia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang dia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar “diah” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Bersempena dengan perbincangan ayat sebelum ini yang  menyuruh membunuh musuh dalam peperangan, kini dijelaskan pula hukum orang yang membunuh dalam suasana biasa.

Islam menolak jenayah membunuh samada dilakukan terhadap orang Islam ataupun orang bukan Islam.

Bukan itu sahaja Islam menolak pembunuhan yang dilakukan terhadap pihak musuh bukan dalam masa peperangan.

Membunuh adalah kesalahan yang sangat besar kerana Islam sangat menjaga keselamatan nyawa manusia.

Oleh itu, perbuatan membunuh biarpun dilakukan secara tidak sengaja tetap dikenakan hukuman juga.

Ketegasan Islam ini demi memberikan isyarat kepada manusia agar tidak mengambil mudah persoalan keselamatan nyawa.

Terdapat perbincangan yang panjang lebar dalam diskusi ilmu fiqh mengenai jenayah membunuh. Ia melibatatkan berbagai sudut perlaksanaan hukuman itu.

Pada dasarnya jenayah membunuh itu dibahagikan oleh al-Quran kepada dua bahagian iaitu membunuh dengan sengaja dan secara tidak sengaja.

Sementara ulama fiqh memperincikan lagi pembahagian tersebut dan ianya boleh dirujuk kepada perbincangan fiqh jenayah.

Dari sudut hukuman pula terdapat hukuman bunuh, membayar pampasan, memerdekakan hamba dan hukuman puasa dua bulan berturut-turut.

Perbincangan lanjut mengenai isu ini juga perlu dirujuk kepada kitab-kitab fiqh kerana telah ada perbincangan panjang lebar disana.

Subjek yang membincangkan perkara ini dipanggil dengan nama fiqh jenayah.

Selasa
22 Ramadhan 1442
4 Mei 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *