**TADABBUR WAHYU SIRI 739**

**4.86.1 Tadabbur Surah An-Nisa 95*

لا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ
 اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّهُ 
الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى
 الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ
 الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا 
عَظِيمًا.
95. Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman – selain daripada orang-orang yang ada keuzuran – dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;

Setelah menerangkan tentang pentingnya sifat berhati-hati dalam menerima maklumat dan bertindak, kini al-Quran meneruskan kupasan tentang kemuliaan orang yang berjuang.

Orang-orang yang berjuang pada jalan Allah adalah lebih mulia disisi Allah berbanding orang yang tidak berjuang.

Ini kerana mereka yang berjuang telah membuktikan keimanan mereka melalui pengorbanan dan usaha.

Orang yang berjuang sanggup berdepan dengan kesusahan dan kepenatan kerana Allah.

Jika perjuangan yang dimaksudkan itu ialah peperangan, maka pengorbanan yang diberikan mungkin sampai ke peringkat pengorbanan darah dan nyawa.

Sebelum sampai kepada pengorbanan nyawa, pengorbanan harta lebih dahulu berlaku.

Orang berjuang mendapat kemuliaan disisi Allah berbanding orang yang tidak berjuang dan tidak berdepan dengan sebarang kepayahan.

Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa orang yang tidak berjuang itu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.

Samada orang yang lemah kerana ada keuzuran atau orang yang enggan untuk turut serta dalam perjuangan kerana cintakan kerehatan dan sayangkan harta.

Allah memuliakan orang yang berjuang melebihi kedua-dua kumpulan itu tadi.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis nabi bermaksud: sesungguhnya Allah menyediakan di dalam syurga 100 darjat bagi orang yang berjuang pada jalan Allah. Luas antara satu dengan yang lain seperti langit dan bumi.

Semoga Allah memilih kita menjadi orang yang berjuang pada jalanNya. Amin.

Isnin
28 Ramadhan 1442
10 Mei 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *