**TADABBUR WAHYU SIRI 742**

**4.89.1 Tadabbur Surah An-Nisa 98-99*

إِلاَّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لاَ يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلاَ يَهْتَدُونَ سَبِيلاً.

98.Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah).

Setelah diterangkan kewajipan berhijrah, dijelaskan pula keuzuran yang diterima dari mereka yang tidak mampu.

Orang-orang yang lemah melibatkan orang tua, orang sakit, wanita dan kanak-kanak adalah antara orang yang diberikan kemaafan.

Ini kerana tuhan tidak akan mentaklifkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh manusia.

فَأُوْلَئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا.

99.Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

Begitulah pemaaf dan pengampunnya Allah Taala. Dia memberikan keringanan dan kemaafan kepada mereka yang tidak mampu.

Sehubungan dengan dua ayat diatas, para ulama Islam memahami bahawa adanya hukum keringanan dalam Islam.

Memgambil keringanan atau rukhsah dalam melaksanakan syariat Islam adalah sesuatu yang dibenarkan.

Sudah tentu ianya mestilah berdasarkan kepada peraturan dan tatacara yang diperincikan oleh ulama Islam.

Keringanan ini bukan melibatkan solat kasar, jamak dan tayamum sahaja bahkan ia melibatkan situasi yang lebih umum seperti yang berlaku sekarang iaitu penutupan masjid, menghadkan bilangan jemaah, melarang daripada didirikan solat jumaat dan berbagai usaha yang diambil bagi menangani penyebaran penyakit.

Semua itu dilakukan untuk menyelamatkan jiwa manusia daripada terkorban sedangkan manusia boleh berusaha untuk mengatasinya.

Adapun ayat berkenaan tuntutan  berhijrah ini, terdapat dua topik besar yang diperincikan oleh ulama dalam karangan mereka.

Pertama berkaitan hukum tinggal di negara bukan Islam. Dan kedua isu berhubung keluar dari tempat yang ada padanya maksiat.

Bagi sesiapa yang mahu mendalami perbahasan mengenai dua topik diatas dinasihatkan merujuk kepada perbahasan ulama  dalam kitab-kitab yang pelbagai.

Sabtu
10 Shawal 1442
22 Mei 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *