**TADABBUR WAHYU SIRI 744**

**4.91.1 Tadabbur Surah An-Nisa 101*
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنْ الصَّلاَةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمْ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا.

101. Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.

Bersempena dengan topik utama perenggan ini berkaitan hijrah dan perjuangan, maka disentuh disini sedikit perbincangan berkaitan dengan ibadat solat.

Perbincangan berkaitan ibadah solat sangat panjang lebar, namun isu dalam ibadat solat yang disebut disini ialah berkaitan dengan kebenaran melakukan qasar.

“Qasar” bermaksud memendekkan, dimana seseorang yang berada didalam musafir dibenarkan untuk memendekkan solat mereka.

Disebabkan ayat ini sangat umum dan tidak memperincikan dengan lebih lanjut mengenai qasar ini maka para ulama merujuk kepada hadis-hadis nabi saw.

Dari hadis-hadis nabi saw dapat diketahui bahawa bukan semua solat yang boleh dipendekkan.

Ia hanya melibatkan solat empat rakaat sahaja. Dengan itu solat zohor, asar dan isyak sahaja yang dibenarkan untuk dipendekkan dan ia dipendekkan menjadi dua rakaat.

Disebabkan ayat ini menyebut keizinan qasar dengan lafaz “fala junaha alaikum” yang bermaksud “tidak menjadi kesalahan bagi kamu” maka para ulama berbeza pandangan tentang hukum qasar.

Sebahagian daripada ulama berpandangan qasar solat dalam musafir hukumnya harus dan sebahagian pula berpandangan hukumnya sunat.

Terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat hukum qadar dalam musafir adalah wajib.

Perbezaan pandangan ini timbul disebabkan mereka tidak sepakat dalam memahami maksud “dalam junaha alaikum” “tidak menjadi kesalahan bagi kamu”.

Selain itu, ayat ini juga seolah-olah meletakkan syarat untuk qasar ialah “jika kamu takut diserang oleh orang kafir”.

Ia seolah-olah menggambarkan qasar yang dibenarkan ialah jika seseorang itu berada dalam peperangan.

Dengan itu, antara polemik yang di bincangkan dikalangan ulama ialah apakah maksud  ”jika” dalam ayat diatas menerangkan satu syarat atau ia hanya membayangkan salah satu keadaan yang dibenarkan untuk melakukan qasar.

Kebanyakan ulama berpandangan bahawa qasar dibenarkan untuk diamalkan dalam sebarang musafir walaupun bukan dalam peperangan.

Perbincangan lebih mendalam dalam hukum ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh solat.

Jelas sekali ayat ini menerangkan tentang salah satu daripada keringanan yang Allah berikan kepada hambanya dalam melakukan ibadah.

Sudah tentu keringanan ini hanyalah salah satu sahaja daripada banyak lagi keringanan lain yang Allah berikan kepada hambanya. Sesungguhnya Allah tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambanya.

Selasa
13 Shawal 1442
25 Mei 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *