**TADABBUR WAHYU SIRI 745**

**4.92.1 Tadabbur Surah An-Nisa 102*

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمْ الصَّلاَةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِنْ وَرَائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَى لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ مَيْلَةً وَاحِدَةً وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ كَانَ بِكُمْ أَذًى مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنتُمْ مَرْضَى أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا.

102. Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.

Ayat ini agak panjang. Ia mengandungi perincian cara solat dalam peperangan.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, Allah telah memberikan kelonggaran untuk mengqasarkan solat bagi mereka yang berada dalam musafir dan dalam peperangan.

Seterusnya ayat ini memperincikan cara solat dalam peperangan.

Secara kasarnya dapat disimpulkan solat dalam peperangan terdiri daripada sebahagian tentera berkawal dan sebahagian yang lain mendirikan solat.

Walaupun begitu para ulama berbeza pandangan tentang bentuk-bentuk solat dalam peperangan.

Ini kerana terdapat hadis-hadis yang berbeza dalam menerangkan kaifiat solat ini.

Sebahagian ulama membahagikan jenis solat khauf kepada 24 cara. Sementara ada pula yang membahagikannya kepada empat cara sahaja.

Walaupun mereka berbeza pandangan dalam menentukan cara solat, tetapi mereka bersepakat dalam mengatakan bahawa solat khauf dibenarkan untuk tidak mengadap kiblat, membahagikan tentera kepada beberapa bahagian dan bergerak dengan banyak dalam solat samada berjalan atau berlari bila diperlukan.

Solat dalam peperangan dipanggil solat khauf. Walaupun khauf bermaksud takut tetapi ia juga dinisbahkan kepada keadaan perang.

Jika dilihat dalam keseluruhan bentuk solat ini, didapati cara yang relevan dengan suasana zaman ini ialah dengan hanya membahagikan tentera kepada beberapa kumpulan.

Seperti yang diketahui umum bahawa senjata zaman dahulu sangat asas dan musuh tidak dapat menyerang selagimana tentera bersiap sedia dan sedar dengan pergerakan musuh.

Adapun dalam peperangan hari ini senjata yang digunakan sangat canggih. Musuh boleh sahaja menembak dari jarak jauh menggunakan roket dan senjata yang berbagai dalam peperangan.

Dengan itu keperluan untuk mendirikan solat khauf dalam bentuk-bentuk yang berbagai itu menjadi semakin minima.

Perincian terhadap bentuk bentuk solat dalam peperangan ini bolehlah dirujuk dalam kitab kitab fekah.

Apa yang jelas dalam ayat ini, Allah tetap menyuruh umat Islam bersiap-siaga dengan senjata dan persediaan dalam melawan musuh.

Gesaan ini dengan sendirinya menafikan tindakan sesetengah umat Islam yang menganggap ketinggian iman seseorang itu menyebabkan dia cenderung untuk meninggalkan usaha.

Sedangkan dalam ayat ini Alah menyuruh nabi saw berusaha sehingga ketika mahu mendirikan solat sekalipun.

Usaha menjaga pergerakan musuh tidak diabaikan dan tidak diambil mudah hanya semata-mata dengan alasan seseorang itu akan dijaga oleh Allah m apabila dia menjalankan ibadah kepadanya.

Rabu
14 Shawal 1442
26 Mei 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *