**TADABBUR WAHYU SIRI 747**

**4.94.1 Tadabbur Surah An-Nisa 104*

وَلاَ تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنْ اللَّهِ مَا لاَ يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا.

104. Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Menurut Syeikh Ibnu Asyur, ayat ini merupakan sambungan kepada perbincangan ayat 102.

Ia meneruskan perbincangan berkaitan perjuangan dan peperangan melawan musuh.

Menurut beliau, al-Quran mengajak orang beriman kepada perjuangan. Sungguhpun pada masa itu bilangan musuh lebih ramai dan lebih kuat, tentera Islam dilatih untuk memiliki keyakinan yang tinggi.

Tambah Ibnul Asyur lagi, pensyaraitan solat khauf juga adalah untuk menunjukkan Allah  memberikan keringanan kepada orang beriman.

Ini adalah bukti cinta dan lemah-lembutnya Allah kepada hambanya.

Salah satu daripada kata-kata semangat yang disebut disini ialah bagaimana kesusahan, kesakitan dan mungkin kekalahan yang dilalui oleh orang beriman adalah sunah alam yang juga dilalui oleh musuh mereka.

Dalam peperangan Badar tentera nabi saw mendapat kemenangan tetapi mereka kecundang dalam peperangan Uhud.

Namun demikian mereka mengecapi kemenangan semula dalam peperangan Khandak.

Kecederaan yang dialami tentera Islam dan derita kematian akibat peperangan yang ditanggung oleh mereka juga sebenarnya dilalui oleh pihak musuh.

Namun demikian, perkara yang menyebabkan umat Islam sentiasa menjadi bersemangat ialah niat mereka yang ikhlas kepada Allah.

Perjuangan untuk mendapatkan habuan dunia tidak dapat bertahan dengan kesusahan.

Ini kerana kepentingan dunia bila menjadi tujuan maka ia akan melemahkan semangat seseorang untuk berkorban dan melakukan pekerjaan dengan ikhlas.

Dengan berbekalkan keikhlasan dan kemahuan untuk mendapat keredaan Allah maka sepatutnya umat Islam lebih kuat dan lebih bersungguh-sungguh.

Ketika musuh mereka mengalami kesakitan kerana mahu mempertahankan sesuatu yang tidak diketahui kebenarannya, ketika mereka tidak memiliki jalan yang  jelas. Umat Islam pula memiliki hala tuju yang jelas.

Selagi mana mereka berada diatas jalan menegakkan kebenaran dan menegakkan keadilan maka mereka akan berada dibawah keredaan Allah.

Dialah yang akan memenangkan siapa yang dia kehendaki. Dan dialah yang akan membalas segala amalan hambanya.

Keyakinan yang jitu terhadap janji Allah akan memberikan kekuatan untuk menghadapi kepayahan dan mengharungi kesabaran.

Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang ikhlas dan termasuk dikalangan orang-orang yang sabar . Amin.

Jumaat
16 Shawal 1442
28 Mei 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *