**TADABBUR WAHYU SIRI 748**

**4.95.1 Tadabbur Surah An-Nisa 105*

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلاَ تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا.

105. Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Para ahli tafsir mengaitkan penurunan ayat ini dengan beberapa peristiwa yang berbeza.
Namun demikian semua peristiwa itu merujuk kepada keadaan dimana ada orang munafik yang telah memfitnah sahabat melakukan jenayah mencuri.

Kalau tidak kerana wahyu Allah, hampir saja nabi saw menghukum bagi pihak yang memfitnah.

Mujurlah Allah telah menyelamatkan Baginda saw dengan menurunkan ayat ini.

Dalam ayat ini Allah melarang Baginda saw menyebelahi orang yang memfitnah itu.

Seperti yang kita ketahui, Baginda saw adalah utusan Allah yang tidak mengetahui perkara ghaib kecuali apa yang di beritahu oleh Allah kepadanya.

Dalam satu hadis nabi saw bersabda dengan maksud: Sesungguhnya aku adalah manusia biasa dan kamu bertelingkah di depanku, mungkin ada dikalangan kamu orang yang pandai bermain dengan kata-kata lalu aku menghukumkan untuk pihaknya (sedangkan dia tidak berhak) maka pada ketika itu aku memberikan kepadanya kepingan dari api neraka. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayat di atas menekankan bahawa Allah menurunkan al-Quran kepada nabi dan umatnya untuk dijadikan panduan dalam meletakkan hukuman.

Sudah tentu al-Quran tidak menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh manusia secara terperinci.

Jadi apa yang dimaksudkan disini ialah al-Quran memberikan panduan tentang bagaimana sesuatu masalah itu perlu diselesaikan. Al-Quran menerangkan prinsip dan memberikan kaedah umum

Oleh itu hukuman yang dikeluarkan oleh hakim disebut sebagi “bima arakallah” dengam apa yang Allah tunjukkan kepada kamu.

Oleh itu hukuman daripada hakim mungkin saja berlaku kesilapan kerana hukuman yang tidak silap ialah hukuman yang diberikan secara langsung oleh Allah.

Adapun ayat ini menerangkan bahawa hakim berijtihad untuk menghukumkan, oleh itu dia sebagai manusia biasa mungkin melakukan kesilapan.

Dengan itu tidak boleh bagi seorang hakim menganggap apa yang dihukumkan dalam menyelesaikan sesuatu masalah sebagai hukuman yang putus dan dianggap hukuman itu dari Allah secara langsung.

Ibnu Asyur sewaktu mengupas persoalan ini membawa kata-kata Umar yang menyatakan bahawa hanya nabi saw yang terselamat daripada kesilapan kerana Baginda saw dipimpin oleh Allah secara langsung.

Adapun orang lain tidak seorangpun yang diberikan tahap yang dimiliki oleh Baginda saw.

Ayat diatas juga melarang orang beriman daripada memihak kepada orang yang khianat.

Dalam erti kata lain seorang beriman digesa untuk sentiasa memihak kepada pihak yang benar.

Oleh itu sifat berkecuali dan membiarkan kebaikan ditinggalkan juga bukan dari akhlak Islam

Sebaliknya apabila mengetahui sesuatu kebenaran maka seorang muslim mestilah membantu untuk memperkasakannya.

Sabtu
17 Shawal 1442
29 Mei 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *