**TADABBUR WAHYU SIRI 749**

**4.96.1 Tadabbur Surah An-Nisa 106*

وَاسْتَغْفِرْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا.

106. Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam ayat ini, Allah menyuruh nabi saw agar beristighfar iaitu meminta ampun kepada Allah.

Para ahli tafsir berbeza pandangan tentang suruhan istighfar ini.

Imam at-Tabari mengatakan bahawa nabi telah tersilap ketika Baginda condong kearah pihak yang menfitnah dalam peristiwa sebelum ini.

Sebahagian ahli tafsir pula tidak setuju dengan tafsiran ini kerana bagi mereka nabi saw terpelihara dari kesilapan iaitu maksum daripada segala kesilapan samada kecil ataupun besar.

Untuk pengetahuan para ulama sepakat mengatakan nabi adalah maksum dari melakukan kesalahan besar.

Tapi mereka berbeza pandangan apakah Baginda terpelihara dari melakukan kesalahan kecil, seperti bermasam muka kepada Abdullah bin Ummi Maktum sehingga Allah menegurnya dalam surah Abasa.

Ibnu Atiyyah mengatakan bahawa pendirian nabi itu bukan satu kesilapan kerana baginda berhukum diatas apa yang Baginda tahu sehinggalah Allah memberitahu hakikat yang sebenar.

Disebabkan sebab penurunan ayat ini juga berbeza dan tidak ada kata putus, adalah lebih baik melihat makna ayat ini dalam konteks yang umum sepertimana yang disebut oleh al-Quran.

Al-Quran menyuruh nabi saw beristiqhfar kepada Allah. Istiqhfar ialah meminta ampun dari Allah.

Ia merupakan adab yang terpuji dari seorang hamba kepada tuhannya.

Walaupun nabi saw terpelihara dari kesilapan, namun sifat itu adalah atas pemberian Allah dan kemuliaan yang dikurniakan kepada Baginda.

Dengan itu istighfar adalah kemuliaan bagi Baginda dalam memuliakan Allah kerana kemuliaan seorang hamba ialah ketika dia merendahkan dirinya dihadapan tuhan.

Seperti yang diperlihatkan sebelum ini al-Quran sentiasa menunjukkan bahawa kemuliaan nabi adalah pada kedudukannya sebagai hamba yang patuh kepada Allah dan sebagai pembawa risalah kepada umatnya.

Sementara al-Quran memperlihatkan bahawa kemuliaan tuhan adalah pada sifatnya yang tidak ada sembahan kecuali Dia yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan sebagai tuhan yang menguasai sekelian alam.

Dengan itu tauhid Allah tidak bercanggah sama sekali dengan keimanan kepada nabi sebagai rasul dan utusan Allah .

Baginda juga adalah ikutan kepada umatnya, jadi seruan beristighfar juga adalah untuk setiap orang beriman.

Sesungguhnya Allah suka kepada hambanya yang sentiasa meminta ampun kepadanya.

Ahad
18 Shawal 1442
30 Mei 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *