**TADABBUR WAHYU SIRI 750**

**4.97.1 Tadabbur Surah An-Nisa 107*

وَلاَ تُجَادِلْ عَنْ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنفُسَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ مَنْ كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا.

107.Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

Beberapa hari juga saya memperuntukkan masa untuk mengkaji ayat ini.

Ini kerana terdapat kekeliruan dalam memahami ayat ini.

Ayat ini adalah rentetan daripada ayat yang lepas, iaitu nabi saw ditugaskan untuk berhukum dengan manusia dan Baginda saw dilarang daripada menyebelahi orang-orang yang zalim.

Kekeliruan yang berlaku kerana perkataan “jidal” bila dirujuk kepada kamus Lisanul Arab karangan Ibnu Manzur didapati mengandungi banyak makna.

al-Quran pula menggunakan perkataan “jidal” dengan dua makna.

Pertama bermaksud berdebat dan kedua bermaksud menyebelahi atau mempertahankan.

Dengan makna diatas, maka ayat ini diterjemah dengan janganlah engkau berbahas untuk mempertahan orang yang zalim. Iaitu mengandungi kedua-dua makna yang terdapat dalam bahasa arab.

Dalam surah an Nahl ayat 125 al-Quran menyuruh berjidal. Dan berjidallah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.

Sedangkan dalam ayat ini pula Allah melarang berjidal.

Nampak seperti ada percanggahan antara dua ayat. Sedangkan mustahil terdapat percanggahan antara sesama ayat Al-Quran.

Oleh itu para ulama memahami larangan adalah ditujukan kepada jidal atau berdebat dengan keadaan yang negatif seperti berjidal dengan orang yang tidak mahu mengakui keburukan mereka sedangkan keburukan itu telah terbukti jelas.

Ia boleh juga bermaksud larangan dari berlebih-lebihan dalam berjidal sehingga boleh menghabiskan masa untuk tugas lain yang lebih penting atau sehingga sanggup melakukan perbuatan yang haram seperti memukul dan bersengketa secara tidak benar.

Takwilan ini penting bagi mengharmonikan antara dua ayat Al-Quran yang pada zahirnya bertentangan.

Sedangkan mustahil Allah tersilap dalam memberikan arahan lalu menyuruh dan melarang perkara yang sama.

Inilah salah satu daripada cara penting dalam memahami al-Quran iaitu mengharmonikan antara ayat yang kelihatan bertentangan.

Adapun maksud kedua bagi perkataan “jidal” ialah menyebelahi.

Perkataan jidal digunakan dengan makna ini dalam ayat  111 surah al Nahl.

Firman Allah:

يَوْمَ تَأْتِي كُلُّ نَفْسٍ تُجَادِلُ عَن نَّفْسِهَا

Maksudnya: Pada hari setiap diri akan mempertahankan diri mereka (hari kiamat dan dipadang mahsyar).

Walaupun seperti terdapat kekeliruan dalam memahami ayat ini, tetapi sebenarnya fokus ayat ini sangat jelas.

Iaitu Allah melarang nabi saw dari menyebelahi orang yang zalim.

Disebabkan sifat ini adalah mustahil  wujud pada diri nabi saw kerana baginda tidak akan menyebelahi orang yang zalim.

Maka dapat difahami larangan ini sebenarnya ialah larangan kepada umat nabi Muhammad saw.

Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim, oleh itu Allah tidak mahu orang yang beriman berpihak kepada orang-orang yang zalim.

Ayat ini secara halus menyebut orang yang zalim dengan mengginakan istilah “orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri”.

Gaya bahasa ini digunakan bagi mengingatkan kepada orang beriman bahawa setiap kezaliman itu sedikitpun tidak memberikan keuntungan kepada pelakunya.

Ini kerana setiap kezaliman itu hanya akan membawa kerugian kepada pelakunya disebabkan oleh kehidupan dunia yang  sementara.

Sedangkan balasan kezaliman yang di rasai di  akhirat itulah sebenarnya yang perlu menjadi ukuran manusia.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk sentiasa mencari kebenaran dan menyebelahi kebenaran. Mengenali perkara yang salah lalu tidak menjadi pendorong kepada kesalahan.
Amin ya Rabbal Alamin.

Khamis
21 Shawal 1442
3 Julai 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *