**TADABBUR WAHYU SIRI 751**

**4.98.1 Tadabbur Surah An-Nisa 108*

يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا.
108. Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

Ayat ini menjelaskan sifat negatif yang sering mendorong manusia melakukan kesalahan.

Sifat yang dimaksudkan ialah melebihkan manusia berbanding dengan Allah.

Takut kepada kritikan orang adalah sifat semulajadi yang ada pada setiap manusia.

Sifat ini baik jika ia menjadi penghalang dalam melakukan kesalahan.

Namun demikian dalam ayat ini Allah menyebut ada orang yang takut kepada kritikan manusia tetapi tidak takut terhadap kemurkaan Allah.

Dengan itu, mereka tergamak melakukan kesalahan dan berasa selesa melakukan kesalahan itu selagimana ia dapat disembunyikan dari pengetahuan orang lain.

Sifat ini adalah sifat yang tidak baik kerana kesalahan yang dilakukan itu walaupun tidak diketahui oleh manusia, maka ia tetap berada dibawah ilmu Allah.

Nilaian Allah dan perhitunganNya itulah yang patut dijadikan di utamakan oleh ma usia.

Kesedaran seperti ini akan mendorong seseorang itu untuk berhenti dari melakukan kesalahan dan bersemangat dalam melakukan kebaikan.

Perlu sekali disedari bahawa ayat ini tidak sekali-kali mahu menyuruh seseorang itu mempamerkan keburukan dan melakukan kejahatan terang-terangan. Sudah tentu bukan begitu.

Ini kerana orang yang melakukan kesalahan secara bersembunyi dianggap salah kerana dia hanya takut kepada manusia tetapi tidak takut kepada Allah.

Ini tidak bermakna orang yang melakukan kesalahan secara terang-terangan itu lebih baik bahkan mereka sebenarnya lebih buruk.

Ini kerana mereka tidak takut kepada Allah dan mereka juga tidak malu kepada manusia.

Perasaan malu adalah fitrah semula jadi yang Allah cipta pada manusia. Jika malu itu telah hilang maka ia menunjukkan bahawa sifat kemanusiaan itu telah terhakis.

Oleh itu, melakukan kejahatan secara bersembunyi adalah satu dosa dan melakukannya secara terang-terangan adalah dosa yang lebih besar.

Sabtu
24 Shawal 1442
5 Julai 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *