**TADABBUR WAHYU SIRI 754**

**4.101.1 Tadabbur Surah An-Nisa 111*

وَمَنْ يَكْسِبْ إِثْمًا فَإِنَّمَا يَكْسِبُهُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا.
111. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Lihatlah betapa pentingnya prinsip ini. Ia sekali lagi disebut dalam bentuk yang berbeza.

Jika sekiranya sebelum ini disebut beserta dengan perbuatan taubat, maka kali ini disebut secara bersendirian.

Inilah teras kepada penyucian jiwa dari sebarang dosa.

Tidak mungkin perkara yang disebut oleh Al-Quran secara berulang itu remeh.

Seorang insan sentiasa mencari kemaslahatan dirinya samada untuk kehidupan dunia atau akhirat.

Kebiasannya seorang yang melakukan kejahatan akan gembira dengan perlakuannya. Ini kerana dia kononnya dapat lari dari tuntutan dan tanggungjawab.

Dia sering merasakan tuntutan agama membawa kerugian kepadanya.

Namun demikian pada hakikatnya dialah yang rugi kerana kejahatan akan ditanggung oleh dirinya bukan oleh orang lain.

Prinsip ini sebenarnya bukan sahaja mendorong seseorang untuk menjauhi keburukan, bahkan ia mendorong untuk melakukan kebaikan dengan sebanyaknya.

Ini kerana kebaikan yang dilakukan nampak sahaja pada zahirnya memberi keuntungan kepada orang lain tetapi hakikatnya pelakunya lah yang mendapat keuntungan kerana akan dibalas dengan pahala oleh Allah.

Seorang yang mula menghubungkan semula silaturrahim yang telah putus akibat perselisihan. Dia seolah rugi kerana mengorbankan egonya, merendah diri didepan saudaranya.

Dia seolah telah kehilangan. Mengapa aku yang perlu memulakan, orang itulah yang sepatutnya memohon maaf dariku.

Itulah kata-kata nafsu yang menjadi bisikan syaitan terhadap manusia.

Akan tetapi pada hakikatnya dialah yang beruntung kerana nilai keegoan itu tidak sedikit pun memberi manfaat kepadanya didepan Allah.

Dengan mengorbankan sedikit kehendak nafsunya dia mendapat keredaan Allah dan keberkatan serta pengampunannya.

Dalam hadis Bukhari dan Muslim, nabi saw diriwayatkan bersabda maksudnya: Sesiapa yang menyambung silaturrahim maka Allah akan menyambung hubungan dengannya dan siapa yang memutuskan silaturrahim nescaya Allah akan memutuskan hubungan dengannya.

Begitulah besarnya kesan amalan ketaatan kepada manusia.

Jika baik yang dilakukan maka banyaklah manfaat terhasil untuk dirinya. Sementara jika buruk amalan seseorang maka buruklah kesan yang akan berlaku kepada dirinya.

Kita memohon Allah meringankan kita untuk melakukan sebanyak mungkin amal kebaikan dan menjauhkan kita dari segala keburukan.

Dalam masa yang sama ingatlah bahawa amalan itu bermula dari diri kita yang perlu bangkit melakukannya. Kitalah yang perlu berusaha. Amin amin ya Rabbal Alamin.

Rabu
28 Shawal 1442
9 Julai 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *