**TADABBUR WAHYU SIRI 755**

**4.102.1 Tadabbur Surah An-Nisa 112*

وَمَنْ يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا فَقَدْ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا.

123. Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.

Dalam ayat ini al-Quran menerangkan tentang satu tabiat buruk yang ada pada manusia.

Sifat itu ialah memfitnah orang lain dengan sesuatu perbuatan buruk, sedangkan dia sendiri yang melakukannya.

Dalam ayat ini, dosa dan kesalahan disebut dalam dua perkataan, pertama khatiah dan kedua disebut ithman.

Kedua-dua perkataan ini bermaksud kesalahan, tetapi persoalannya ialah mengapa ia disebut dua kali.

Menurut Imam al-Sayuti dalam kitab tafsir beliau Tafsir al-Jalalain, perbezaan itu untuk menunjukkan kepada khatiah dosa kecil dan ithman merujuk kepada dosa besar.

Imam al-Thabari pula melihat makna “khatiah” ialah kesalahan yang dilakukan dengan tidak sengaja dan “ithman” ialah kesalahan yang dilakukan dengan sengaja.

Pendek kata, Allah tidak suka kepada orang yang menuduh orang lain dengan kesalahan yang dilakukan oleh dirinya.

Tidak kira, samada kesalahan itu kesalahan kecil atau kesalahan besar, dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.

Mengikut Imam al-Qurtubi, ayat ini masih lagi berkait dengan ayat 105 mengenai topik menjatuhkan hukuman dengan adil dan tidak menyebelahi orang yang salah.

Sememangnya orang yang salah sering cuba melepaskan diri dengan menuduh orang lain agar dirinya terlepas dari hukuman.

Ayat ini sekaligus memberi peringatan kepada para hakim dan pemimpin agar berhati-hati dalam meletakkan hukuman.

Ini kerana ada sahaja orang yang menipu dan memfitnah orang demi menyelamatkan diri.

Dalam kefahaman yang lebih luas, al-Quran mencetuskan kesedaran kepada perlunya sistem pembuktian yang lebih teliti kerana tidak semua orang ikhlas dalam menyatakan kebenaran.

Oleh itu, setiap penghakiman perlu kepada penyiasatan dan yang terperinci demi menjelaskan siapakah dipihak yang benar dan siapakah dipihak yang salah.

Dalam kehidupan seharian pula, umat Islam perlu memiliki pemikiran yang kritis dan tidak boleh menerima berita secara sepontan.

Sebaliknya, mestilah dipastikan dahulu kebenaran sesuatu berita kerana orang yang tidak benar sering menyebarkan berita yang salah demi mencapai kepentingan diri mereka.

Jumaat
30 Shawal 1442
11 Julai 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *