**TADABBUR WAHYU SIRI 756**

**4.103.1 Tadabbur Surah An-Nisa 113*

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ وَرَحْمَتُهُ لَهَمَّتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ أَنْ يُضِلُّوكَ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ ۖ وَمَا يَضُرُّونَكَ مِنْ شَيْءٍ ۚ وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ ۚ وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا.

113. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad), nescaya berhasillah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.

Ayat ini masih meneruskan perbincangan topik lepas iaitu cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah saw sebagai pemerintah.

Disebabkan masyarakat yang dipimpin oleh nabi saw masih kecil maka nabi saw sendiri yang mengurus hal ehwal kehakiman.

Seperti yang disebut sebelum ini, sebab penurunan perenggan ini adalah kerana ada orang yang menipu nabi.

Penipuan ini dilakukan semata-mata supaya pesalah terlepas dari hukuman dan kesalahan itu terkena kepada orang yang tidak bersalah.

Perbuatan seperti itu disebut oleh ayat dengan “yudiluk”. Ia diterjemah dengan makna “menyesatkan.

Perlu juga diingatkan bahawa maksud menyesatkan dalam bahasa Melayu lebih tertumpu kepada memesongkan pegangan agama.

Sedangkan aktiviti yang dimaksudkan disini ialah menipu supaya hukuman yang dijatuhkan itu tidak tepat, terkena kepada orang yang sebenarnya tidak bersalah.

Alangkah banyaknya perbuatan seperti ini di sepanjang zaman.

Jika sekiranya perbuatan seperti ini pada zaman nabi dilakukan oleh orang Yahudi dan orang munafik, pada hari ini turut dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Dengan itu dapat difahami bahawa ayat ini memberikan kesedaran kepada pihak berkuasa agar berhati-hati dalam mengendalikan sesuatu perkara kerana ada sahaja orang yang mahu mengambil  peluang dan melakukan kejahatan.

Daripada keadaan ini, timbulnya keperluan untuk membina sistem yang cekap dalam pengurusan agar setiap yang berhak perlu diberikan haknya, setiap yang perlu dihukum perlu dijatuhkan kepada mereka hukuman dengan saksama.

Ahad
3 Zulqaidah 1442
14 Julai 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *