**TADABBUR WAHYU SIRI 757**

**4.104.1 Tadabbur Surah An-Nisa 114*

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا.

114. Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

Ayat diatas menceritakan berkenaan bisikan atau lebih umum perbincangan dan perancangan.

Al-Quran menyatakan bahawa perancangan dan perbincangan orang yang melakukan keburukan tidak membuahkan pahala dan kebaikan.

Sebaliknya perancangan dan perbincangan orang yang mahu melakukan kebaikan itulah yang diberkati dan direstui oleh Allah.

Dalam ayat diatas Allah menyebut tiga jenis amalan soleh. Pertama sedekah, amal ma’ruf dan mendamaikan orang yang berkelahi.

Ia menggambarkan seorang yang bukan sahaja bersedekah tetapi  sedang berbincang berkaitan sedekah, amal makruf dan mendamaikan.

Ayat ini menyedarkan umat Islam tentang pintu kebaikan yang luas.

Ada orang yang menyangka ibadat dan pahala hanya pada zikir semata-mata. Buktinya mereka menyangka orang yang soleh hanya orang yang menghabiskan semua waktu pada menyebut nama Allah ditempat ibadah.

Sedangkan Allah menggambarkan orang yang menghabiskan waktunya untuk menggalakkan sedekah, memastikan sedekah itu diurus dengan baik adalah orang yang sedang beribadah.

Bahkan amal soleh kedua disebut dengan kalimah ma’ruf. Amal makruf ialah semua perkara baik yang diterima oleh manusia dan membawa kemaslahatan kepada mereka. Amal seperti ini membawa manusia kepada keredaan Allah.

Dalam bidang teknologi, mencipta ubat yang menyelamatkan manusia daripada wabak adalah amal makruf, mencipta alat-alat yang memudahkan manusia adalah amal makruf, menyediakan makanan kepada manusia adalah amal makruf dan begitulah seterusnya.

Mendamaikan antara manusia juga amal soleh. Di rumah hubangan suami dengan isteri, ibu-dengan anak-anak, hubungan dengan adik beradik dan saudara mara.

Diluar rumah pula kita dituntut memperbaikkan antara jiran tetangga dan seluruh orang beriman.

Dalam konteks negara pula kita dituntut mperdamaikan antara seluruh rakyat tidak kira bangsa dan agama untuk bersatu pada dan saling hormat-menghormati.

Diakhir ayat ini Allah menjelaskan bahawa siapa sahaja yang melakukan amalan diatas dengan ikhlas kepadaNya maka Dia akan mengurniakan kepada mereka balasan yang besar.

Semoga kita termasuk dikalangan orang yang ringan untuk melakukan amal soleh dan diberikan ganjaran pahala yang besar di sisiNya. Amin.

Khamis
6 Zulqaidah 1442
17 Jun 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *