**TADABBUR WAHYU SIRI 758**

**4.105.1 Tadabbur Surah An-Nisa 115*

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا.

115. Dan sesiapa yang menentang Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk, dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Jika disandarkan kepada sebab penurunan ayat dalam perenggan ini, maka orang yang dimaksudkan ialah Ibnu Ubairiq yang dikatakan lari dari Madinah kerana takut dihukum atas jenayah yang dilakukan.

Beliau pergi ke Mekah, meminta perlindungan disana dan akhirnya telah meninggalkan agama Islam.

Sudah tentu ayat al-Quran bukanlah hanya bermaksud menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Ibnu Ubairiq sahaja.

Ini kerana mesej al-Quran adalah memberi hidayah dan panduan kepada sekelian alam.

Dengan itu siapa sahaja yang menentang ajaran Rasul dan kufur dengan risalah yang dibawa oleh Baginda sudah tentu natijah yang sama akan menemui mereka.

Mengikut Imam al-Qurtubi, maksud menentang Rasulullah ialah menolak agama yang dibawakan oleh Baginda saw.

Terdapat juga sebahagian umat Islam yang menuduh sesama Islam sebagai menentang Rasulullah hanya kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami sesuatu isu.

Perbuatan seperti ini sangat tidak patut berlaku. Ia timbul kadang kalanya hasil daripada kekeliruan tentang maksud menentang ajaran Rasul.

Secara ringkasnya, orang yang menerima ajaran Islam telah menerima ajaran Rasulullah saw.

Namun demikian berlaku perbezaan pendapat dalam mengamalkan perincian kepada ajaran yang dibawa oleh Baginda.

Hal seperti ini tidak boleh dianggap sebagai menentang Rasulullah saw.

Ayat di atas juga menyebut tentang sifat “mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman”.

Sudah tentu yang dimaksudkan disini ialah jalan yang melibatkan kemaslahatan dan kebaikan. Ini kerana umat Islam tidak akan bersatu hati dalam perkara yang salah.

Para ulama menjadikan ayat ini sebagai hujah bahawa ijma’ ulama adalah hujah kerana ia adalah kesepakatan sarjana Islam dalam sesuatu hukum syarak.

Walaupun begitu maksud ayat ini lebih luas daripada itu.

Orang beriman sentiasa disuruh melakukan kebaikan, oleh itu perkara yang baik itu sebenarnya adalah jalan orang beriman.

Ayat ini tidak sekali-kali bermaksud membenarkan orang Islam walaupun mereka berada dipihak yang salah. Sudah tentu prinsip ini tidak diterima dalam Islam.

Sabtu
8 Zulqaidah 1442
19 Jun 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *