**TADABBUR WAHYU SIRI 759**

**4.106.1 Tadabbur Surah An-Nisa 116*
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا.

116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Ayat ini dengan jelas menerangkan tentang dosa syirik yang tidak akan diampun oleh Allah dihari akhirat nanti.

Allah menerangkan bertapa dosa syirik sangat besar dan ia dinamakan sebagai kesesatan yang jauh.
Dalam ayat lain pula, al- Quran menamakan syirik sebagai kezaliman yang besar.

Oleh itu, jelaslah mengapa jika Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dan Allah bersedia mengampunkan dosa-dosa yang lain.

Àyat yang sama sebenarnya telah diturunkan sebelum ini. Ia terdapat pada ayat 48 dalam surah ini juga.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, terdapat sebahagian umat Islam yang terkeliru dan menyangka orang yang syirik tidak boleh bertaubat dan membaiki keadaan mereka.

Suda tentu kefahaman ini sangat tersasar, ini kerana sebahagian besar daripada sahabat sendiri berasal dari kalangan orang yang menyembah berhala sebelum kedatangan nabi saw.

Mereka kemudiannya membuang kepercayaan karut itu dan mentauhidkan Allah dengan setulus hati.

Maksud Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik ialah jika orang itu mati dalam keadaan syirik.

Adapun orang yang berakhir hidup mereka dengan tauhid yang benar maka mereka akan mendapat pengampunan dari Allah.

Ayat ini sekaligus menunjukkan kepada kita sifat rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya.

Dengan itu Allah bersedia untuk mengampunkan dosa manusia walau sebesar mana sekalipun.

Maka terpulanglah kepada manusia untuk bertaubat dan memohon ampun diatas kesalahan mereka.

Melalui ayat ini juga dapat difahami bahawa umat Islam perlu memahami dan memberikan perhatian kepada pelajaran bagi memastikan tauhid kepada Allah bersih dari sebarang syirik.

Ini kerana jika telah diketahui bahawa dosa syirik sangat dimurkai oleh Allah, maka sudah semestinya akan timbul rasa tanggungjawab dari dalam diri umat Islam untuk mendalami pengetahuan tentang perkara ini.

Sudah tentu akan timbul tanggungjawab untuk menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

Tanpa ilmu yang benar dan kesungguhan sudah tentu umat Islam akan terseret kelembah kesyirikan.

Ini kerana  ada berlegar dalam masyarakat kepercayaan-kepercayaan karut dan khurafat yang boleh menghampirkan masyarakat kepada syirik.

Jika kefahaman yang benar tidak dipupuk, keadaan ini akan bertambah buruk.

Sedangkan pengamalan agama yang tidak didasarkan kepada ilmu dan kesedaran sudah tentu akan gagal menghalang seseorang daripada melakukan syirik.

Baru sahaja kita lihat dalam akhbar adanya orang yang percaya nabi Muhammad itu tuhan dan bukan sekadar rasul.

Kepercayaan seperti ini sudah tentu timbul hasil daripada kejahilan tentang asas tauhid kepada Allah.

Ahad
9 Zulqaidah 1442
20 Jun 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *