**TADABBUR WAHYU SIRI 761**

**4.108.1 Tadabbur Surah An-Nisa 118*

لَعَنَهُ اللَّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا.

118. Allah telah melaknatnya, yang telah mengatakan: “Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);

Cuba perhatikan beberapa ayat sebelum ini. Pembaca akan dapat melihat bagaimana berkembangnya ayat dari membincang satu topik kepada topik yang lain.

Perbincangan sebelum ini berkenaan dengan orang-orang yang melakukan kejahatan.

Kemudiannya disebut bahawa syirik sebagai salah satu daripada kejahatan tersebut.

Setelah itu, dijelaskan pula bahawa perbuatan syirik kepada Allah yang dilakukan oleh manusia itu sebenarnya adalah hasil daripada ajakan syaitan.

Dengan itu, perbincangan akan berpindah selepas ini menerangkan tentang perihal ajakan iblis dan syaitan.

Memerhatikan hubungan antara ayat seperti ini akan menjadikan pembaca memahami hubungkait satu topik dengan topik yang lain.

Ia juga menjawab kekeliruan yang menganggap al-Quran tidak memberikan penekanan kepada tema utama dan topik-topik  dalam al quran disangkakan bersifat rawak.

Ayat ini menerangkan bahawa syaitan  adalah makhluk yang dilaknat oleh Allah.

Dalam penggunaan masyarakat kita, perkataan laknat adalah negatif. Ia merujuk kepada kata-kata kesat dan cacian.

Namun demikian maksud sebenar ayat ini bukanlah demikian.

Mengikut Ibnul Kathir dalam tafsir beliau, maksud laknat ialah Allah menjauhkan syaitan daripada rahmatNya dan mengeluarkan syaitan dari syurga Allah.

Itulah maksud laknat yang dikehendaki.

Rangkap kedua dalam ayat ini menerangkan tentang tabiat iblis dan syaitan yang sememangnya bertekad untuk menyesatkan manusia.

Dalam al-Quran banyak sungguh ayat yang memperingati manusia agar tidak terjerumus kedalam ajakan iblis dan syaitan. 

Ibnu Kathir merakamkan kata-kata daripada Muqatil: Daripada 1000 orang manusia, 999 akan masuk neraka.

Kata-kata ini sudah tentu hanya mahu menggambarkan betapa syaitan bekerja keras untuk menyesatkan manusia.

Sememangnya  ramai dari kalangan manusia akan terpengaruh dengan tipu daya syaitan itu.

Semoga kita termasuk dalam orang yang mendapat pimpinan Allah dan terselamat daripada tipu daya iblis dan syaitan. Amin.

Ahad
16 Zulqaidah 1442
27 Jun 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *