**TADABBUR WAHYU SIRI 762**

**4.109.1 Tadabbur Surah An-Nisa 119*

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ وَمَنْ يَتَّخِذْ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا.

119. “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

Ayat ini meneruskan kata-kata iblis dan azamnya untuk memusnahkan manusia.

Kata-kata ini adalah petikan daripada peristiwa keingkaran iblis terhadap arahan Tuhan.

Ketika iblis disuruh  Adam, iblis telah memberontak dan melawan arahan Tuhan.

Setelah Allah melaknat iblis, dia telah bertekad untuk memusnahkan kehidupan manusia bagi membalas dendam kerana bagi iblis, Adam adalah punca kepada musibah yang menimpa dirinya.

Jika dilihat dalam kehidupan masyarakat manusia pada zaman al-Quran diturunkan, didapati bahawa kepercayaan terhadap syaitan telah ada pada waktu itu.

Bahkan tamadun- tamadun manusia terdahulu telah sarat dengan kepercayaan terhadap alam jin, iblis dan syaitan.

Oleh itu apakah yang dibawa oleh al-Quran jika manusia telah sedia mempercayai kewujudan iblis dan syaitan?

Apakah al-Quran menceritakan perkara yang telah sedia diketahui oleh masyarakat?

Jawapannya ialah al- Quran menceritakan tentang alam jin dan syaitan bagi membetulkan persepsi manusia terhadap alam ghaib itu.

Sebelum kedatangan nabi Muhammad saw, iblis dan syaitan sentiasa dilihat sebagai makhluk yang gagah dan dapat menguasai manusia dari sudut fizikal.

Lebih dari itu mereka percaya jin dan syaitan boleh membawa manfaat dan kemudaratan kepada mereka.

Al-Quran datang memperbetulkan kepercayaan yang salah ini.

Pertembungan antara syaitan dengan manusia adalah dalam hal yang melibatkan kebenaran dan keburukan.

Manusia berada pada posisi bertanggungjawab melakukan perkara yang baik dan terbaik.

Sementara iblis dan syaitan berada pada posisi mengajak manusia kepada melakukan perkara yang buruk dan lebih buruk.

Langkah iblis itu tidak lain dan tidak bukan bagi membawa kemusnahan kepada kehidupan manusia samada di dunia atau di akhirat.

Dalam ayat ini dinyatakan beberapa cara syaitan dalam membawa kemusnahan dalam hidup manusia.

Pertama dengan katanya aku akan menyesatkan mereka.

Sesat dalam istilah al-Quran bukan sahaja bermaksud sesat dari sudut akidah tetapi ia juga melibatkan kesalahan dalam semua perkara. 

Oleh itu kerja iblis yang paling utama ialah untuk menunjukkan jalan, tindakan, kepercayaan dan segala perkara yang salah dan tidak sebenar.

Perkara kedua tersimpul disebalik kata iblis: aku akan menjadikan mereka berangan-angan.

Perkataan “umniah” dalam Bahasa Arab bermaksud angan-angan. Ia sangat berbeza dengan cita-cita.

Ini kerana angan-angan ialah sesuatu yang kosong dan tidak akan berlaku.

Angan-angan kosong termasuklah keadaan manusia yang mahukan sesuatu bukan dengan jalan yang ditetapkan oleh Allah.

Mahu kenyang tanpa makan adalah angan-angan, mahu mendapat rezeki tanpa usaha juga sejenis angan-angan.

Mahu pandai tanpa belajar, mahu masuk syurga tanpa beriman dan beramal soleh dan berbagai angan-angan lagi.

Cuba perhatikan dalam kehidupan kita. Dalam banyak hal kita mahukan kedudukan yang tinggi di sisi Allah, mahukan balasan kemuliaan dan nikmat syurga.

Namun demikian, seringkali berlaku kita meremehkan amalan yang membawa kepadanya.

Kerap kali kita menyangka kemuliaan itu telah terjamin untuk kita.

Keinginan sepatutnya disertakan dengan usaha!!

Isnin
17 Zulqaidah 1442
28 Jun 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *