**TADABBUR WAHYU SIRI 763**

**4.109.2 Tadabbur Surah An-Nisa 119*.

119. “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

Maksud syaitan menyuruh manusia menebuk telinga binatang ialah syaitan mempengaruhi manusia agar melakukan perbuatan khurafat yang bodoh dan bertentangan dengan akal yang waras.

Imam At-Tabari meriwayatkan daripada ramai pentafsir yang mengatakan ayat ini menerangkan situasi orang arab jahiliah yang membelah telinga binatang yang mahu diberikan sebagai korban kepada berhala mereka.

Sudah tentu perbuatan membelah telinga binatang itu adalah salah satu contoh sahaja daripada amalan khurafat yang ditegah oleh Islam.

Pada zaman jahiliah, orang-orang Arab juga akan membelah telinga unta dan lembu yang telah menjadi induk kepada ternakan mereka.

Binatang-binatang itu tidak ditunggangi dan tidak disembelih. Ia dianggap  sebagai wakaf kepada tuhan mereka.

Binatang-binatang itu dipanggil sa’ibah iaitu unta yang dihadiahkan kepada tuhan.

Sementara lembu yang telah melahirkan 5 ekor lembu jantan dinamakan wasilah, telinganya akan dipotong dan tidak ada siapapun yang boleh menyembelih atau menggunakannya untuk membajak.

Kepercayaan khurafat sebegini adalah suruhan syaitan, kerana dari sudut keperluan , tidak ada sebarang keperluan sama sekali melakukan amalan tersebut.

Dalam masa yang sama tidak ada pula arahan dari Tuhan supayaanusia berbuat demikian.

Apa yang ada hanyalah ajaran dari rekaan mereka yang berpengaruh dalam masyarakat.

Itulah yang dipanggil sebagai suruhan syaitan. Ini kerana syaitan tidak dapat menyuruh dengan bertemu secara langsung dengan manusia di alam nyata.

Apa yang syaitan mampu ialah mempengaruhi minda dan perasaan manusia agar mempercayai dan mengikuti sesuatu amalan walaupun berlawanan dengan akal yang sihat.

Para ulama berbeza pandangan dalam mentafsirkannya makna mengubah ciptaan Allah dalam ayat diatas.

Sebahagiannya menyatakan maksudnya ialah mengubah ajaran agama Allah dan melanggarnya.

Ini adalah kerana agama allah adalah fitrah semula jadi manusia yang Allah jadikan dalam diri setiap insan.

Apabila manusia melanggar ajaran agama maka dia telah melanggar dan mengubah ciptaan Allah.

Sebahagian pula mentafsirkan maksud mengubah ciptaan Allah  ialah larangan mengembirikan binatang.

Tafsiran ini agak jauh kerana perbuatan mengembirikan binatang adalah berdasarkan kemaslahatan manusia.

Dengan itu pandangan yang jelas dan kuat ialah maksudnya mengubah dan melanggar hukum Allah.

Kesimpulannya syaitan sentiasa mahu menyesatkan manusia dan itulah pertembungan antara manusia dengan syaitan.

Selasa
18 Zulqaidah 1442
29 Jun 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu
Selasa
18 Zulqaidah 1442
29 Jun 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *