**TADABBUR WAHYU SIRI 764**

**4.110.1 Tadabbur Surah An-Nisa 120*.

يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

120.Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu hanyalah tipu daya semata-mata.

Ayat ini merupakan sambungan daripada perbincangan yang lepas.

Berkaitan dengan perseteruan iblis dengan manusia.

Sekali lagi ditegaskan disini, ajaran al-Quran telah memperbetulkan gambaran manusia terhadap syaitan.

Sebelum kedatangan Islam, syaitan digambarkan sebagai makhluk yang kuat, dapat menguasai manusia dan boleh membawa manfaat dan mudarat.

Al-Quran mengubah persepsi ini dan menjelaskan bahawa pertembungan antara manusia dan syaitan ialah mereka mahu menyesatkan mangsanya dari jalan Allah.

Iblis dan syaitan tidak mampu memaksa manusia sedikit pun. Kerana itu apabila manusia melakukan sesuatu keburukan maka dia akan memikul dosa dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan.

Jika sekiranya syaitan berkuasa memaksa manusia sudah tentu hukuman dosa dan balasan neraka terhadapnya tidak adil.

Ini kerana menghukum orang yang terpaksa melakukan sesuatu adalah satu kezaliman. Maha suci Allah dari sifat zalim.

Dalam ayat diatas al-Quran menjelaskan cara syaitan menguasai manusia ialah dengan memberikan kepada mereka janji dan angan-angan palsu.

Sudah tentu janji dan angan-angan itu tidak disampaikan dalam bentuk suara yang didengar dengan telinga. Dia juga tidak datang dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Apa yang boleh dan mampu dilakukan oleh syaitan hanyalah membisikkan kepada manusia dalam hati mereka.

Inilah yang dikatakan dengan janji dan angan-angan itu tadi.

Situasi lemah syaitan yang tidak mampu memaksa manusia tetapi hanya mampu membisikkan kepada manusia itu telah menjadi unsur kekuatan pula.

Bisikan syaitan itu menjadi kuat dan mampu menipu manusia apabila manusia jahil dengan tipu daya itu.

Seringkali manusia menyangka bisikan-bisikan syaitan itu sebagai kehendak dirinya lalu dia menuruti kemahuan itu. Sedangkan pada hakikatnya ia adalah bisikan syaitan yang mahu memusnahkan hidupnya.

Adapun orang yang sedar dengan batas-batas agama, faham dengan tipu daya syaitan maka ajakan itu tidak dapat menimbulkan apa-apa mudarat kepada dirinya.

Contoh janji dan angan-angan yang ditubuhkan oleh syaitan ialah bagaimana manusia mudah merasakan dirinya akan menjadi ahli syurga.

Ia menjadi angan-angan kosong jika perasaan itu tadi tidak didasarkan kepada iman dan amal.

Dalam al-Quran Allah memberi contoh orang Yahudi. Mereka telah melakukan syirik kepada Allah. Mereka menzalimi orang lain dan mereka juga mengubah ajaran agama.

Walaupun kejahatan itu semua telah dilakukan mereka tetap merasakan akan menjadi penghuni syurga dan dimuliakan oleh Allah.

Topik tipu daya syaitan ini menjadi salah satu mesej utama al-Quran. Perbincangannya disampaikan dengan panjang lebar disetiap sudut al-Quran.

Ahad
23 Zulkaedah 1442
3 Julai 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu
Selasa
18 Zulqaidah 1442
29 Jun 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *