Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Cerita-Cerita Dalam Al-Quran

Mengikut Ibnu Asyur, salah satu dari kelebihan Al-Quran ialah kitab suci ini memiliki kisah-kisah yang terbaik. Kelebihan ini disebut sendiri oleh Allah SWT di dalam surah Yusuf. Melalui perkataan ahsanu al- qasas dapat difahami bahawa bentuk cerita di dalam Al-Quran adalah lebih istimewa daripada cerita-cerita yang dibawa oleh manusia biasa.

Ibnu Asyur berpandangan bahawa kisah terbaik itu bermaksud ianya tidak dibawa sekadar untuk tujuan berikut:

1- Hiburan atau motivasi.

2- Untuk mencetus perasaan takjub dan menarik perhatian pendengar.

3- Sekadar untuk memberi peringatan daripada kebaikan atau keburukan.

4- Menceritakan nikmat atau azab yang telah didapati oleh golongan tertentu.

Mengikut Ibnu Asyur, Al-Quran mempunyai maqasid yang lebih tinggi dan lebih mulia dari sekadar tujuan-tujuan yang disebutkan di atas. Jika sekiranya kisah-kisah Al-Quran dibawa untuk tujuan yang sama dengan kisah-kisah lain, maka sudah tentu tidak ada keistimewaan tersendiri yang lebih mulia bagi Al-Quran.

bersambung…
Ustaz Rosli 
29 Muharram 1440
9 Oktober 2018

**Bagi yg berminat menerima tulisan ini melalui mesej watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *