Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Cerita-Cerita Dalam Al-Quran

Ibnu Asyur menggariskan 10 maqasid cerita di dalam Al-Quran. Sebahagian daripada maqasid itu dinyatakan oleh Ibnu Asyur sebagai tidak pernah disebut oleh ahli tafsir sebelum daripada beliau.

Maqasid yang dimaksudkan adalah seperti beriku:

1- Cerita-cerita yang mengandungi kisah umat terdahulu merupakan satu cabaran terhadap ahli kitab yang selama ini memonopoli pengetahuan tersebut. Mengikut Ibnu Asyur, penurunan Al-Quran dan penceritaan kisah-kisah tersebut sekaligus telah mengangkat darjat para sahabat yang selama ini dituduh oleh kaum Bani Israil sebagai orang-orang bodoh dan tidak bertamadun.

2- Antara adab terpenting dalam pensyariatan dan pengamalan agama ialah mengenang sejarah umat terdahulu sama ada dari kalangan para nabi atau penceritaan terhadap syariat mereka. Oleh itu, Al-Quran tidak membawa perincian terhadap maklumat individu yang terlibat di dalam sesuatu kejadian tetapi lebih menumpukan kepada menceritakan peristiwa yang dapat menyampaikan maqasid yang dikehendaki.

3- Melalui kisah yang diriwayatkan, ia dapat mendidik bagaimana sebab-musabab adalah hukum alam yang berlaku di dalam perkara yang melibatkan kebaikan atau keburukan, kecemerlangan atau kemusnahan. Dengan itu umat Islam dapat mengambil pengajaran dan membina sifat-sifat yang mulia atau memahami bahawa penyelewengan dan kejahatan akan membawa kecelakaan serta kebinasaan.

bersambung…

Ustaz Rosli

16 Rabiulawal 1440

24 November 2018

**Bagi yg berminat menerima siri ini melalui mesej watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *