*TADABUR WAHYU SIRI 41*

*4.0 Rahsia Kedudukan Surah al-Fatihah*

Ibnu Asyur cuba menjelaskan rahsia kedudukan surah al-Fatihah yang berada di awal al-Quran.

Menurut beliau surah al-Fatihah adalah muqaddimah dan abstrak bagi al-Quran.

Kedudukan surah ini pula terletak di awal al-Quran secara tauqifi iaitu ditentukan oleh Allah.

Dalam ertikata lain kedudukan surah al-Fatihah di awal al-Quran bukanya ijtihad dari nabi atau para sahabat. 
Sebaliknya kedudukannya itu telah ditentukan oleh wahyu Allah.

Intipati surah al-Fatihah mengandungi keseluruhan maqasid Al-Quran secara ringkas.

Dapat dirumuskan 3 hikmah penting yang tersirat di sebalik sifat surah al-Fatihah yang pendek dan kedudukannya yang terletak di awal al-Quran.

Rahsia yang tersirat itu adalah:

1. Al-Fatihah merupakan surah yang berbentuk pendahuluan pendek dan padat bagi mengelakkan berlakunya rasa jemu.

Jika al-Quran dimulakan dengan surah yang panjang secara langsung, sudah tentu keadaan itu akan memberikan kesan negatif terhadap psikologi pembaca yang tidak disediakan dengan satu muqadimah yang ringan terlebih dahulu.

Keadaan ini sebenrnya boleh menjadi satu pengajaran kepada para penulis untuk tidak terus memulakan sebarang tulisan secara langsung, sebaliknya didahului dengan pendahuluan yang ringan.

2. Surah al-Fatihah menyebut perkara-perkara penting yang mahu disampaikan di dalam al-Quran.

Dengan pemberitahuan ini para pembaca dapat bersedia untuk mengetahui lebih lanjut perbincangan di dalam surah-surah yang akan datang.

3. Surah al-Fatihah merupakan mukadimah bagi al-Quran yang didatangkan dalam bentuk jawamie al kalim iaitu kata-kata pendek tetapi mempunyai maksud yang luas dan mendalam.

*Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur*

Ustaz Rosli 
5 Rabi’ulakhir 1440
13 Disember 2018
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
*Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, klik sini* https://bit.ly/2rqH9lOdan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
*Jika bermanfaat sila share*

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *