2.1 Tema Surah al-Baqarah

Ibnu Asyur di dalam kitab al-Yahrir wa al-Yanwir berpendapat bahawa tema surah al-Baqarah ialah membina masyarakat Islam dengan nilai-nilai yang benar serta membersihkan mereka dari pencemaran jahiliah..

Surah ini turun diperingkat awal hijrah nabi di Madinah, ketika itu umat Islam baru sahaja melepasi peringkat perjuangan sebagai pendakwah yang ditekan dan dihalang.

Situasi di Madinah amat berbeza kerana dalam peringkat ini, kuasa pentadbiran berapa pada pihak nabi dan sahaabat.

Sudah tentu dua situasi berbeza mengundang cabaran yang berbeza

Antara perbezaan ketara ialah di Madinah terdapat kaum ahli kitab, sebahagian mereka menentang kewujudan nabi di Madinah dengan cara halus.

Situasi ini tidak terdapat di Mekah kerana pertembungan berlaku secara terang-terangan.

Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ustaz Rosli
22 Rabiulakhir 1440
30 Disember 2018
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, klik sini https://bit.ly/2rqH9lO dan nyatakan nama anda.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Jika bermanfaat sila share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *