Tadabur Wahyu Siri 32

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Makna Khusus Dalam Perkataan Dan Ayat Al-Quran

Kali ini Ibnu Asyur membincangkan tentang maksud yang terkandung di dalam perkataan dan ayat yang dibawa oleh Al-Quran.

Seperti diketahui umum bahawa ayat Al-Quran sangat tinggi sasteranya.

Ini kerana sifat masyarakat Arab yang sangat mementingkan kualiti bahasa dan memuja peradaban dan sastera mereka.

Kualiti bahasa Al-Quran yang tidak mampu ditandingi oleh orang Arab menjadi bukti kepada kebenaran Al-Quran.

Antara fenomena ketinggian bahasa dalam Al-Quran ialah sesuatu perkataan atau ayat yang dibawa boleh membawa maksud yang berbagai.

Keadaan ini berlaku dengan lebih meluas apabila ayat-ayat Al-Quran didatangkan dalam qiraat yang berbeza.

Selain daripada membawa maksud yang berbeza, berlaku juga fenomena di mana maksud-maksud itu kelihatan bertentangan antara satu dengan yang lain.

Keadaan ini memerlukan kepada kupasan tuntas oleh para ulama’ yang mentafsir Al-Quran.

Pengetahuan seperti ini cukup untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah kalam Allah dan mustahil manusia dapat mencipta kitab setaraf dengan Al-Quran.

bersambung…
Ustaz Rosli (23 Rabiulawal 1440)Β  (1 Disember 2018)
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share

Siri 2 Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur dan Penulisan Ulama’ Silam

Ibnu Asyur mengatakan bahawa walaupun terdapat banyak kitab tafsir telah ditulis disepanjang perjalanan ilmu Islam. Namun demikian, kebanyakan kitab-kitab tersebut hanya merupakan pengulangan terhadap apa yang telah diberitahu oleh para ulama’ terdahulu. Kitab-kitab tersebut hanya bersifat mengumpul berbagai pandangan atau membuat ringkasan terhadap pandangan yang pelbagai. Tidak kurang pula yang menerangkan serta memperincikan pandangan berdasarkan idea yang telah sedia ada.

Dalam pengenalan ini, Ibnu Asyur telah menyebut tafsir-tafsir yang penting pada pandangan beliau. Tafsir-tafsir tersebut ialah:

1. Tafsir al Kasyaf oleh Imam Az Zamakhsyari

2. Tafsir al-Muharrar al-Wajiz oleh Ibnu Atiyyah

3. Tafsir Mafatih Al-Ghaib oleh Fakhruddin Ar Razi

4. Tafsir al-Baydawi

5. Tafsir al-Alusi

6. Tafsir Abi-Saud

7. Tafsir al-Qurtubi

8. Tafsir al-Tobari

9. Tafsir Durratun al-Tanzil

Di dalam pengenalan ini Ibnu Asyur menjelaskan bahawa ada juga pandangan-pandangan beliau yang bertentangan dengan pendapat para ulama tafsir yang lain. Selain itu ada juga permasalahan yang dibincangkan oleh beliau tetapi belum pernah dikupas oleh mana-mana ulama’ tafsir sebelum beliau.

Disediakan oleh:
Ustaz Rosli Mokhtar
Bandar Baru Bangi
3 Muharram 1440
13 September 2018