Virus “Wuhan” Menyerlah Mukjizat al-Quran

Peristiwa tersebarnya virus “Wuhan” sebenarnya telah menyerlahkan mukjizat al-Quran.

Yang demikian itu apabila al-Quran tidak menyuruh manusia berhati-hati dan takut dengan virus fizikal. Bukan kerana nyawa dan keselamatan manusia tidak penting disisi Allah, tetapi kerana Allah Maha Mengetahui bahawa manusia akan bersungguh-sungguh membasmi virus fizikal itu tidak kira apa nama dan bentuknya.

Manusia akan bertindak terhadap virus fizikal tanpa memerlukan arahan dari tuhan secara tegas. Lihat saja apa yang sedang berlaku, seluruh dunia bergegas mengatasi virus ini. (semoga kita juga dlm lindungan Allah).

Adapun virus yang menyerang pemikiran dan akhlak manusia sering dipandang sepi oleh manusia.

Tidak ramai yang takut dengan kejahilan, kesyirikan, tahyul dan khurafat. Tidak ramai yang bekerja keras membasmi sifat ego, mementing diri, bakhil dan cinta dunia.

Dengan itu virus ‘maknawi’ ini
telahpun disentuh dari awal al-Quran lagi
في قلوبهم مرض، فزاد هم الله مرضا

Dalam hati mereka ada penyakit maka Allah menjadikan penyakit itu merebak.

Virus pemikiran dalam hati yang bernama syirik, khurafat, bakhil, sombong, dengki dan sebagainya adalah virus yang sangat bahaya.

Virus ini boleh memusnahkan kehidupan manusia di dunia dan membawa kesengsaraan yang abadi di akhirat. Virus ini boleh menyebabkan manusia terhumban ke neraka jahanam serta kekal didalamnya.

Namun manusia seringkali mengabaikan virus ini dan mengambil mudah tentangnya, lalu ia di sebut berulang kali disepanjang al-Quran.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui berkaitan diri manusia.

Ustaz Dr Rosli bin Mokhtar

27 Januari 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *