Wahabi Sesat? (3)

Dalam entry yang lepas, saya telah menerangkan sedikit sejarah tentang aliran ini. Kemudian saya telah terangkan dengan ringkas asas pemikiran Ibnu Taimiah. Untuk mengetahui apakah ajaran yang dibawa oleh Ibnu taimiah adalah sesat atau tidak maka kita akan menganalisis beberapa pendapat beliau.

Untuk menganalisis keseluruhan pemikiran Ibnu Taimiah memerlukan beberapa kajian peringkat PhD, dalam ruangan yang terbatas ini saya akan mengambil beberapa contoh sahaja. Contoh-contoh itu pula sudah tentu dari apa yang diberitahu oleh aliran yang menolak pemikiran Ibnu Taimiah.

Disebabkan pemiiran Ibnu Taimiah telah saya bahagikan kepada tiga bahagian, maka contoh-contoh itu juga akan diambil dari tiga bahagian tersebut.

1- Bidang Fekah– Dalam bidang fekah, amat susah untuk membuat tuduhan kepada sesuatu aliran itu sesat kerana hukum hakam dalam bab fekah adalah bersifat zanni. Kecualilah jika mana-mana aliran menolak hukum yang telah sabit dengan nas yang bersifat qatie seperti kewajipan solat, kewajipan puasa ramadan dan sebagainya.

Sewaktu saya menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh pihak berkuasa agama negeri, pembentang telah menyatakan sebab-sebab kesesatan aliran Wahabi. Antara sebab kesesatan yang dinyatakan ialah kerana aliran ini menolak zikir berjamaah selepas solat, menolak bacaan talkin, menolak kunut dalam solat subuh, menolak solat hajat berjemaah dan beberapa hukum fekah lagi.

Adalah amat panjang untuk mengupas setiap satu contoh yang telah disebut diatas. Saya rasa cukuplah kalau saya katakan bahawa hukum fekah yang disebut diatas diulas oleh para ulamak secara terperinci dalam kitab-kitab fekah. Saya pelik kenapa ustaz yang membentangkan kertas kerja sanggup mengatakan sesuatu aliran telah sesat kerana menolak perkara-perkara diatas.

Sebenarnya para ulamak tidak pernah bersepakat dalam persoalan diatas semenjak awal lagi. Membaca kunut subuh adalah pengamalan yang tidak disepakati oleh ulamak walaupun jumhur ulamak mengatakan sunat qunut. Mengapa pula tiba-tiba orang yang tidak menerima pengamalan kunut dianggap sesat sedangkan kitab-kitab fekah penuh dengan perbahasan ini dan tidak ada ulamak yang menyesatkan orang yang tidak menerima qunut.

Agak pelik juga kerana golongan yang menyesatkan kumpulan wahabi juga mengatakan bahawa aliran tersebut sesat kerana menolak amalan tahlil arwah. Saya faham, antara hujah yang paling kuat menghukum aliran wahabisesat ialah bila mereka mengatakan amalan tahlil telah diamalkan oleh ulamak.

Oleh itu menolak pengamalan itu adalah sesat. Hujjah ini nampaknya kuat bagi orang yang tidak mempelajari imu usul fiqh. Tapi bagi orang yang mempelajari usul fiqh walaupun sedikit akan mempersoalkan, apakah dengan hanya menolak apa yang telah diamalkan oleh sebahagian ulamak maka seseorang dianggap sesat?

Jawapanyyan ialah tidak, bahkan ramai ulamak yang berpendapat sedekah pahala membaca quran tidak sampai kepada orang mati. Saya tidak mahu membincangkan isu ini secara terperinci, apa yang saya ingin jelaskan ialah menolak hukum-hukum tersebut tidak membawa kepada kesesatan, sebagaimana menerimanya juga tidak membawa kepada kesesatan.

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *