Wahabi Sesat? (6)

Nostagia Belajar Tauhid

Sibuk bincang-bincang pasal, Ibnu Taimiah, As’ari, Ilmu Kalam, Falsafah teringat pulak saya kenangan masa belajar sekolah dulu. Saya menghabiskan masa sekolah menengah di SMA Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu. Sebagai penuntut aliran Thanawi (istilah masa tu) maka semua buku yang digunakan ialah teks Arab.

Cerita tentang belajar tu telah saya sebutkan sedikit dalam ruangan nostalgia, tapi hari ni saya nak tambah sikit lagi. Ada kaitan dengan belajar tauhid. Syilibus pengajian tauhid di sekolah ialah kitab Jauharatu al Tauhid. Kami telah diajar dengan Akidah aliran As’ari. Banyaklah perbincangan yang agak sukar sebenarnya di terangkan, selain itu, akidah aliran kalam ni banyak membincangkan perkara yang berbentuk teori dan kurang menghubungkan dengan amalan.

Dalam masa yang sama kami belajar juga dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman. kami belajar di Kuala Ibai dan kesana dengan mengayuh basikal. Tuan Guru haji Abdul Rahman mengajarkan kami tauhid jugak, kitab yang digunakan ialah kitab al Tauhid, karangan Muhammad bin Abdul Wahab. Aliran yang berbeza disebelah pagi dan petang.

Mungkin dari sudut kefahaman kami masa tu tak lah berapa mendalam sebab masih budak-budak lagi. Tapi apa yang dapat kami rasakan ialah metod yang diterangkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab lebih senang untuk difahami dan boleh applied dalam kehidupan. tak seperti yang diajar disekolah, kami membincangkan tentang tasalsul dan segala macam isu yang berbentuk falsafah. Ustaz yang mengajar kami di sekolah juga bernama Abdul Rahman.

Semasa kami belajar dengan Tuan Guru Hj Abdul Rahman di rumahnya atau di surau berdekatan, ada juga ustaz sekolah kami yang datang mengikuti kelas tersebut, selain kami pelajar thanawi, penuntutnya ialah orang tua-tua.

Selain belajar tauhid di sekolah dan dengan TG Hj Abdul Rahman, kami juga belajar tauhid dari usrah. Semasa kami didedahkan dengan Hasan al Banna, Sayed Qutb, Fathi Yakan, Mustafa Mashur dan ramai lagi aktivis gerakan Islam. Kami belajr tauhid yang mudah. Iaitu tauhid yang dibahagi tiga, uluhiyyah, rububyyah dan asma/sifat.

Kami dapat bandingkan dua metod yang berlainan tapi apa yang menarik dalam pelajaran kami ialah guru-guru kami tidak pernah mengkafir, menfasik dan memurtadkan Imam-imam yang mulia itu. TG Hj Abdul rahman yang mengajarkan kami kitan Tauhid karang Muhammad bin Abdul wahab, dia juga pada hari-hari tertentu mengajarkan kitab al Baijuri syarah Jauharatu Tauhid.

Tidak pernah TG mengeluarkan kata-kata memaki, menghina dan mengkufurkan ulamak-ulamak yang telah silam, sebaliknya perbincangan dilakukan dengan ilmiah, ini pendapat mereka, dan ini pendapat pesaing mereka. Ustaz Abdul rahman di sekolah pun tidak pernah memaki dan mengkufurkan ulamak-ulamak yang bertentangan dengan alirannya.

Apabila saya meningkat ke universiti, saya dapati para ulamak yang menggunakan cara harmoni ialah Dr Yusuf al Qardawi. Beliau mengambil pendekatan tidak melebelkan ulamak silam dengan kekufuran, kefasikan, penghancur islam dan berbagai kutukan. Dr Yusuf mengajarkan adab yang sangat baik iaitu mengupas isu berdasarkan hujjah, dalil dan analisa.

Satu perkara yang patut kita ketahui ialah apabila ada pihak yang menganggap bekas Mufti Mesir, Muhammad Abduh telah kufur kerana beberapa pendapat beliau ketika mentafsirkan ayat Quran, antara orang yang lantang mengutuk Muhammad Abduh ialah Muhammad Qutb, adik Syed Qutb. Dr Yusuf Qardawi membuat kesimpulan yang cukup harmoni, iaitu tidak menghukum ulamak-ulamak terdahulu dengan panggilan kufur dan fasik, sebaliknya menganalisa pendapat mereka dengan ilmu yang benar, jika salah maka ditolak dan jika benar diterima. pendirian inilah yang sepatutnya diambil kerana jika mahu diikuti segala tohmahan itu maka ramai ulamak yang akan dianggap kufur sedangkan mereka telah menjadi benteng Islam semasa zaman mereka.

Alfarabi, al Kindi, al Razi, Ibnu Sina, ibnu Rushd, al Gahazali dan ramai lagi dianggap kufur oleh sebahagian aliran. Ibnu Taimiah, Ibnu Hazm, Daud al Zahiri, Muhammad bin Abdul Wahab, Muhammad Abduh dan ramai lagi dianggap sesat oleh aliran bertentangan pula.

Dr Yusof Qardawi menggunakan mazhab tarjih, penghormatan beliau kepada ulamak-ulamak itu tidak menghalang beliau daripada menjelaskan pendirian beliau dan hasil kajian yang telah dilakukan. Dalam masa yang sama, pertentangan pandangan dan pendapat tidaklah sampai menyebabkan beliau mengkufur dan mengfasikkan ulamak-ulamak itu.

Setelah saya meneliti metod Dr Yusof Qardawi, maka saya katakan bahawa inilah jalan yang paling benar dalam menangani kemelut perbezaan pendapat yang berlaku dalam pemikiran Islam. Jalan ini sahajalah yang dapat membangunkan umah dan meninggikan Islam kerana jalan inilah yang telah dilalui oleh para sahabat baginda s.a.w. yang mulia.

Pandangan anda dihargai

9 thoughts on “Wahabi Sesat? (6)”

  1. Avatar

    walaupun Almarhum TGH Abd Rahman belajar pondok di pattani dan belajar pulak kat mekah berbelas-belas tahun beliau tak taasub dengan satu-satu pandangan ulamak.ana masih ingat masa kita belajar dengan beliau sebelum asar dia ajar kitab Ad dasuqi syarah kitab jauharatu tauhid dalam mazhab al-asyariy dan selepas asar kitab at-tauhid karang syiekh muhamad bin abd wahab.inilah kehebatan almarhum TGHAR mengajar ilmu tauhid perbandingan salaf dan khalaf.ana rasa pendedahan ilmu kita belajar dahulu yang membentuk pemikiran kita sekarang tanpa kita sedari.rahmatan wasi`atan untuk TGHAR.blog anta dah semakin PANAS!!!-nuar kenitra

  2. Avatar

    kita nak bagitau kawan-kawan, isu yang mereka kelahi tu bukan isu teras dalam Islam, mereka tak tahu sangat sebab ambil ilmu dari ceramah-ceramah saja, tak tahu hujung pangkal,penceramah pula semangat-semangat sekarang ni, ana mengalu-alukan sebarang komen tak jadi masaalah, boleh tukar fikiran, ana tahu teguran-teguran tu bukan kelahi.

  3. Avatar

    ingat tak masa kita lepas kayuh basikal, tengah peluh-peluh n rehat depan surau, zaini kata kalu kita tua nanti jadi ustz tak bertanggungjawab tak bebaloi sebab kita memang letih cari ilmu, sedar tak sedar kita dah pikul amanah tu..dah tua loni.

  4. Avatar

    dulu penah dengar ucapan dr mahathir (mesti ramai yang marah ni he he) dia cakap (lebih kurang la) kat dunia ni ada banyak golongan islam, dengan sunni, syiah, mazhab yang berbeza dan lain-lain. tapi apabila sesebuah negara or masyarakat Islam disakiti or diserang maka kita semua merasa marah, dan akan cuba membantu kerana: mereka orang islam, saudara kita.

  5. Avatar

    dulu penah dengar ucapan dr mahathir (mesti ramai yang marah ni he he) dia cakap (lebih kurang la) kat dunia ni ada banyak golongan islam, dengan sunni, syiah, mazhab yang berbeza dan lain-lain. tapi apabila sesebuah negara or masyarakat Islam disakiti or diserang maka kita semua merasa marah, dan akan cuba membantu kerana: mereka orang islam, saudara kita.

  6. Avatar

    Maaf cakap, orang wahabi tu tak taksub ke ustaz? Depa tu tak sampai pun 5 juta. Macam depa je lah betul, tajdid, hadhari dll. Yang selebihnya umat Islam tu semua sesat ke?

  7. Avatar

    taasub demi kebenaran tak de masalah,sebenarnya dua-dua pihak ada yang taasub.yang salahnya a[abila mereka menyesatkan satu sama lain .
    Imam Syafie kata pendapat aku betul tapi mungkin salah.pendapat orang lain slah tapi munkin betul.Ini asas yang perlu kita letakkan dalam perbincangan ,debat untuk memelihara ukhuwah islam.Dimana kita?-nuar kenitra

  8. Avatar

    kedudukan sekarang bukan nak kata sapa-sapa, yang pentimg sifat ta'sub tidak baik, takkan kalau orang buat benda tidak baik maka kita pun elok buat juga sebab orang lain buat,takke begitu?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *